Tuesday, September 30, 2008

1st COMMONWEALTH CONFERENCE ON SPORT TOURISM 2008


Sukan adalah antara acara yang paling digemari dan diminati oleh berbagai lapisan masyarakat, justeru hari ini kebanyakan Negara-negara di dunia ini khususnya Negara-negara sedang membangun telah menjadikan acara-acara sukan sebagai salah satu cara atau strategi untuk mempromosikan industri pelancongan bagi memantapkan sosio-ekonomi negara masing-masing. Untuk menuju ke arah itu, satu persidangan telah diadakan iaitu 1st COMMONWEALTH CONFERENCE ON SPORT TOURISM 2008 KOTA KINABALU, SABAH pada 12hbMay2008 bertempat di Tanjung Garden, Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & SPA. Sebanyak 23 buah kertas kerja telah dibentangkan disepanjang persidangan yang berlangsung selama 5 hari itu oleh beberapa orang pakar dari Negara-negara COMMONWEALTH.


Hasil daripada persidangan tersebut kami mendapati bahawa acara sukan itu boleh dikatakan sebagai salah satu acara untuk mempromosikan industri pelancongan bagi menarik para pelancong dari luar dan dalam negara selain acara kebudayaan dan sebagainya.

Banyak acara sukan yang boleh dilakukan di negara ini seperti juga di negara-negara lain yang mana kita mempunyai kemudahan dan gelanggang yang mencukupi untuk membuat aktiviti sukan di negara ini. Seperti yang kita ketahui negara kita telah pernah menganjurkan beberapa acara sukan yang bertaraf antarabangsa seperti Sukan SEA 1999, Brunei Grand Prix Badminton dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa negara kita mampu menganjurkan beberapa acara sukan yang bertaraf dunia.

Dengan kemampuan negara kita dalam menganjurkan beberapa acara sukan yang bertaraf antarabangsa sedikit sebanyak dapat memperkenalkan negara kita ke arena antarabangsa melalui acara sukan. Dan secara langsung ianya juga dapat menarik para pelancong dalam dan luar negara untuk mengunjungi negara kita.


Oleh itu, untuk mencapai hasrat itu kita perlu mempunyai perancangan yang lebih teratur. Maknanya sebelum kita menganjurkan sesuatu acara, kita hendaklah merancang lebih awal iaitu sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum acara tersebut dilaksanakan dan apatah lagi sekiranya acara tersebut melibatkan atlet atau peserta dari luar Negara, ini pasti memerlukan persiapan yang lebih teratur sepertimana yang terlah diperjelaskan oleh salah seorang pakar dipersidangan ini. Menurutnya, apapun acara sukan yang melibatkan atlet atau peserta dari luar negara mereka sudah membuat persiapan 2 atau 3 tahun sebelum acara itu dilangsungkan semata-mata untuk mencapai kejayaan dan kesempurnaan.



Disamping itu, perancangan awal itu tidak boleh hanya melibatkan satu organisasi atau jabatan sahaja, malah perlu melibatkan agensi atau jabatan-jabatan lain jua, umpamanya perlu ada kerjasama dengan agensi pelancongan, kawalan lalu lintas untuk keselamatan, syarikat swasta dan sebagainya.

Semua ini juga memainkan peranan penting untuk mencapai kejayaan sesuatu acara itu disamping untuk cuba menarik minat para pelancong datang berkunjung ke Negara mereka.
Dan yang paling penting lagi ialah peranan pihak media massa, mereka ini juga turut memainkan peranan penting untuk menjayakan sesuatu acara itu, mereka ini akan bertindak sebagai pemberi maklumat atau pengiklan sama ada luar mahupun dalam Negara. Di samping itu pihak media massa luar negara juga dapat datang ke negara kita untuk membuat liputan sekali gus dapat menarik rakyat dan penduduk di negara mereka untuk datang ke tuan rumah.

Secara kesimpulannya, acara sukan ini bolehlah dikatakan salah satu acara yang dapat mempromosikan industri pelancongan khususnya di negara ini. Ini dapat dilihat bahawa kemampuan negara kita menganjurkan beberapa acara sukan yang bertaraf antarabangsa yang seharusnya dapat menarik ramai para pelancong luar negara untuk mengunjungi negara kita bagi melihat acara sukan secara lebih dekat kerana Negara ini mempunya tempat atau kawasan bersiar-siar dan untuk dilawati iaitu tempat-tempat yang menarik yang terdapat di negara kita disamping mempunyai gelanggang sukan yang bertaraf antarabangsa.
Walau bagaimanapun, untuk menuju kearah itu, kita memerlukan komitmen atau penglibatan dari penduduk tempatan iaitu dengan menunjukkan minat mereka terhadap acara sukan yang dianjurkan di negara ini dengan mengunjungi acara sukan yang dilangsungkan.

Jika penduduk tempatan tidak memenuhi gelanggang sukan yang sedang berlangsung ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa acara sukan yang dianjurkan tidak diminati oleh penduduk tempatan di mata para pelancong dan para peserta luar negara yang mengikuti acara sukan yang dianjurkan di negara ini dan ini setentunya akan memberi pandangan negative kepada para pelancong dan atlet-atlet dari luar Negara.

Justeru peranan media itu penting sebagai penyebar maklumat kepada masyarakat disamping pengedaran poster ke beberapa kompleks membeli-belah, ke sekolah-sekolah dan sebagainya.

1 comment:

Anonymous said...

Hye there, i was wondering bnr kah yg ada khabar nya urg yg ikut PBCTA sja yg dpt ikut all d other activities organized by u guys?cz last tym aku na jd ikut PBCTA sal ada hal lah yg na dpt delakkan den trus nada news from Jbtn Belia n Sukan n kn ikut activities like ada program recently organized n smua rg PBCTA sja kna gtau..disappointed err..i know lah its my fault kn na dpt ikut d 1st activity bt dat 'hal' yg ku ckp td mmg important for my studies..wat to do kn..
thnx..hope to join ur activities lagi in d future