Friday, January 23, 2009

Penyertaan baru Skim Sukan Remaja Tutong

Oleh Salawati Haji Yahya (Media Permata)

TUTONG, Isnin - Sesuai dengan misi Jabatan Belia dan Sukan iaitu Mewujudkan dan Membangun Masyarakat Brunei Ke Arah Kecemerlangan Melalui Program Belia dan Sukan, jabatan berkenaan bagi cawangan daerah ini hari ini membukakan penyertaan baru bagi kemasukan peserta Skim Sukan Remaja Tutong sesi 2009.

Menurut Ketua Cawangan Jabatan Belia dan Sukan Daerah Tutong, Haji Mohd Rosfazilah Haji Yusly ketika dalam ditemui temu, "kemasukan peserta Skim Sukan Remaja Daerah Tutong 2009 ini bertujuan melahirkan atlet muda untuk dijadikan pelapis atlet kebangsaan bagi menyertai kejohanan sama ada dalam mahu pun luar negara.

"Selain itu, ia juga untuk mendidik dan memberi pengetahuan kepada remaja khususnya di daerah ini mengenai pendidikan sukan dalam meningkatkan kemahiran dan kecemerlangan remaja melalui aktiviti sukan di semua peringkat termasuk antarabangsa" jelasnya.

Beliau berharap dengan adanya kemudahan sukan seumpama ini yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Tutong ini akan dapat melahirkan remaja yang sihat dan cergas sama ada dari segi fizikal, mental mahupun spiritual bagi menggalakkan peningkatan produktiviti mereka kepada negara.

Lapan jenis skim sukan dibukakan kepada remaja tahun ini melibatkan bola sepak, futsal, silat, sepak takraw, bola jaring, badminton, karate-do dan olahraga.

Sehubungan itu, remaja yang berminat mengikuti skim berkenaan boleh berkunjung ke bahagian penyambut tetamu Kompleks Sukan Tutong untuk mengisi borang penyertaan. Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut boleh diajukan dengan menghubungi Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Tutong di talian 4260118.

Monday, December 15, 2008

Bengkel memasak cungkil bakat belia perempuan

TUTONG, Ahad - Bagi memberi galakan kepada golongan belia untuk menceburkan diri dalam bidang masakan dan mencipta resipi makanan mereka yang tersendiri, Jabatan Belia Dan Sukan cawangan Daerah Tutong hari ini mengadakan pertandingan masakan di Pusat Belia.

Seramai empat kumpulan belia perempuan mengikuti pertandingan tersebut terdiri daripada penuntut-penuntut, pencari pekerjaan dan suri rumah tangga berumur antara 15 hingga 25 tahun.

Hadir di majlis berkenaan ialah pengetua Pusat Pembangunan Belia, Hajah Fatimah Haji Mohd Salleh. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan alu-aluan ketua cawangan Belia Dan Sukan Tutong, Haji Mohammad Rosfazilah Haji Yusly.

Beliau dalam ucapannya berharap dengan adanya pertandingan seumpama ini akan dapat mengasuh bakat memasak peserta dan berharap pertandingan seperti ini akan dapat membuka minda mereka untuk berdaya maju di masa akan datang.

Seterusnya Hajah Fatimah berkesudian menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan yang mana Kumpulan Salurut memenangi keseluruhan pertandingan manakala naib juara ialah Kumpulan Kusui dan Kumpulan Tapai di tempat ketiga serta tempat keempat Kumpulan Putu Mayang.

Hajah Fatimah kemudiannya menyaksikan hidangan dan masakan yang dipertandingkan oleh peserta. Antara jenis masakan yang dipertandingkan ialah masakan Cina, Barat dan Melayu serta menggubah buah-buahan sebagai hiasan meja.

Program Sehari Bersama Belia Daerah Tutong 2008

TUTONG, Jumaat, 31 Oktober 2008. - Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Tutong (JBDSCT) dengan kerjasama Belia-belia Daerah Tutong menganjurkan Program Sehari Bersama Belia Daerah Tutong berlangsung di Dewan Serbaguna Serambangun di sini.

Menurut Pengerusi majlis, Awang Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly yang juga Ketua Cawangan Jabatan Belia dan Sukan Daerah Tutong semasa memberi ucapan alu-aluan menjelaskan program ini adalah merupakan salah satu usaha JBDSCT untuk menyatukan atau mengumpulkan belia-belia di daerah ini bagi sama-sama berbincang dan bertukar-tukar fikiran mengenai dengan isu-isu yang berkaitan dengan belia hari ini, umpamanya seperti berbincang-bincang mengenai dengan penglibatan belia dalam pembangunan ekonomi, meningkatnya isu-isu pengangguran dikalangan belia dan sebagainya.

Selain itu katanya, program ini juga bertujuan untuk memberi penghargaan kepada belia-belia khususnya yang ada di daerah ini yang telah banyak menyumbangkan tenaga dan buah fikiran dalam menjayakan program-program belia yang telah dianjurkan oleh JBDSCT.

Beliau berharap program tersebut akan membolehkan JBDSCT mendapat gambaran sebenar kehendak-kehendak belia-belia dan apa pun yang disuarakan oleh mereka yang berkonsepkan pembangunan jati diri akan diaplikasikan ke dalam program atau kegiatan belia yang akan dianjurkan oleh pihak jabatannya.

Antara atur cara program tersebut ialah persembahan pentas oleh belia-belia Daerah Tutong seperti tarian dan nyanyian. Hadir pada majlis itu, pemimpin-pemimpin persatuan-persatuan di Daerah Tutong.

Monday, November 10, 2008

Kapal Belia Farewell 2008



Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara merupakan Program Pertukaran Belia Antarabangsa khusus untuk negara-negara ASEAN dan Jepun dengan singgah ke beberapa negara berkenaan.

Ia adalah bertujuan untuk melahirkan kesefahaman dan kerjasama antarabangsa di kalangan belia-belia ASEAN dengan Jepun serta bertujuan untuk mengenali dan mempelajari berbagai kegiatan dalam semua aspek, cara hidup, adat budaya, politik dan pembangunan ekonomi sesebuah negara.

Program yang bermula sejak tahun 1987 ini dikelolakan dan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Jepun dengan kerjasama negara-negara ASEAN dan pada tahun ini, penyertaan Negara Brunei Darussalam merupakan kali ke-24 sejak penyertaan rasmi pertama negara pada tahun 1985.



Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara 2008 akan bermula pada 21 Oktober hingga 11 Disember 2008 dengan singgah ke beberapa buah negara iaitu Brunei Darussalam sendiri, Republik Indonesia, Thailand, Viet Nam, Republik Filipina dan berakhir di Jepun.

Bah tahun depan (2009) aku kan ikut program kapal belia ni as peserta. Bah sapa kan join sekapal sama hero ani sama-sama tah kitai mendaftar. Me nda pulang tapi hati ani bah memajal kan mau ikut hahaha



Siapakan ikut baik tah membuat persiapan yang MELATOP hahaha, meaning dari pelbagai aspeklah termasuk persembahan kebudayaan, pameran pengenalan Negara Brunei Darussalam dari sudut sosioekonomi, adat budaya, cara kehidupan, dan perbincangan mengikut topik-topik yang akan disediakan.

Ani tujuannya supaya kitai nanti dapat menonjolkan serta mengangkat nama negara ke mata dunia selaku ’Duta Kecil’ dan menjaga serta menunjukkan imej negara yang dikenali sebagai kaya dengan tata susila, tinggi budi bahasa, bersopan santun dan berkeperibadian baik. (dan jua kaya dengan roti paun) hahaha

Friday, October 10, 2008

Show Car Di Kawasan Lapang Rumah Ku













Untuk Renungan Kita Bersama




Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,

Jika diri tak seindah SULAIMAN.




Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,

Jika kasih tak setulus ZULAIKHA.



Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,

Jika tak sekuat SARAH.



Mengapa diimpikan teman hidup seistimewa KHADIJAH,

Jika diri tak sesempurna RASULULLAH.

Sunday, October 5, 2008

Hari Raya 2008

Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal, biasanya perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa selama 1 month. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Sambutan perayaan Hari Raya merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan.

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari (hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah.

Pakaian Baju Melayu adalah pakaian tradisi bagi orang Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Negara Brunei Darussalam pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan sinjang (samping). Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah potangan Baju kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini.
Sempena menyambut hari lebaran tahun ini kita haruslah berbelanja mengikut kemampuan dan menghindari tabiat berhutang, perkara ini selaras dengan kehendak ajaran agama Islam supaya kita sentiasa berjimat cermat dan bersederhana serta tidak membazir dalam apa juga perbelanjaan dan apa jua perkara-perkara yang hendak kita perbelanjakan.


Selain itu, kita juga hendaklah berbelanja mengikut kemampuan kita sendiri kerana jika melakukan di luar kemampuan tentunya ianya akan menjadi beban dan kemudaratan kepada diri sendiri. Justeru, kita perlu mempunyai kesedaran untuk berjimat cermat dan mempunyai sikap untuk tidak berbelanja berlebih-lebihan dalam menyambut Hari Raya bagi mengelakkan berlakunya pembaziran. Dan di tambah lagi sambutan raya tahun ani awal bulan, awu ingat-ingat jua...batah lagi kan terima ni heheheehe.