
On Tuesday, 29HB. SYAABAN, 1428 11HB. SEPTEMBER, 2007 Bertempat DI DEWAN CANSELOR UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM, salah satu matlamat hidup ku sudah tercapaia hahaha. Aku kana anugerahkan sekeping kertas yang paling berharga. Walau bagaimanapun aku ndakan berpuas hati dengan pencapaian ku atu, i will mencari lagi beberapa keping kertas untuk memajukan lagi taraf hidup ku insyallah ;-)
For your infomation, semasa hari penganugerahan atu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bertitah dengan menyatakan bahawa diantara sumbangan paling penting dan bermakna ialah sumbangan dibidang penyelidikan atau kajian. (sesuatu yang baru dan luarbiasa ne hehehe)
Menurut baginda bidang penyelidikan dan kajian ini boleh menemukan atau menghasilkan sesuatu yang bermutu lagi berguna dan ianya bukan saja dapat dicapai oleh pensyarah, malahan juga para pelajar. Kerana itu akan menjadi kebanggaan, jika sekali sekala, pensyarah atau pelajar-pelajar Universiti (UBD) ini, dapat membuat kejutan dengan hasil-hasil kajian mereka dalam apa saja bidang yang kita ada.

Menurut baginda lagi, sebagai sebuah Universiti pertama di negara ini, ia perlu diberikan sokongan dan kepercayaan, untuk ia dapat merancang dan melakar sendiri perkembangannya. Dengan ini, akan lebih cepatlah lagi negara menikmati sumbangan-sumbangannya.
Maknanya pihak universiti ini memerlukan sokongan dan dorongan dari berbagai-bagai agensi sama ada sektor kerajaan mahupun swasta. Kerana dengan adanya sokongan dan dorongan dari pihak berkenaan, ianya akan dapat membantu para pengkaji untuk mudah memperolehi data-data atau maklumat yang diperlukan semasa membuat kajian atau penyelidikan. Dan ini setentunya akan memberi pendedahan berupa fakta, bahawa di Universiti Brunei Darussalam ini juga turut memiliki warganya yang kreatif.
Selain itu, Baginda juga melihat bahawa, Universiti Brunei Darussalam juga, boleh menyumbang khidmat kepada masyarakat, melalui ahli-ahli fakulti dan pelajar-pelajarnya, seperti turut menangani pelbagai isu, termasuk isu-isu sosial, isu persekitaran, mala petaka dan seumpamanya.
Justeru itu menurut baginda, sebagai sebuah institusi yang mempunyai banyak kepakaran, UBD sudah tentu berkemampuan untuk menyumbangkan gagasan dalam bentuk cadangan-cadangan yang dapat menyelesaikan isu-isu tersebut.
.jpg)
Baginda juga pemah menyarankan agar kepakaran-kepakaran yang sedia ada di Universiti ini dimanfa'atkan semaksimum mungkin oleh semua pihak yang berkepentingan termasuk agensi-agensi tertentu dalam sektor kerajaan dan swasta. Dengan adanya penghargaan dan sokongan dalam bentuk moral dan kewangan oleh pihak luar Universiti, mungkin saja ini akan menjadi tarikan kepada pakar-pakar atau ahli-ahli akademik yang prominent didalam bidang masing-masing bagi memilih berkhidmat di unversiti.
Menyentuh mengenai perkembangan pendidikan, Negara kita sekarang telah berjaya menyediakan ruang dan kesempatan lebih luas bagi rakyat dan penduduk untuk memperolehi ilmu pengetahuan.
Dengan tertubuhnya Universiti Islam Sultan Sharif Ali, maka peluang-peluang bagi mendalami dan menguasai ilmu keagamaan khasnya di dalam negara, adalah semakin terbentang luas. Ini merupakan pertanda, bahawa kita adalah ingin menguasai semua bidang ilmu, kerana hanya dengan ilmu pengetahuan yang lengkap sahaja, dunia dan akhirat kita akan dapat diraih dengan sempurna.

Akhirnya baginda berharap, UBD akan dapat melihat perkara ini sebagai satu cara mengukir kecemerlangan untuk menuju suatu pencapaian yang patut dibanggakan. Sesuai dengan kepentingan ilmu pengetahuan, maka kita akan terus komited untuk mempastikan bahawa semua jurusan dalam pendidikan akan terus ditingkatkan dengan izin Allah. Kita akan pelihara dan bisaikan terus prasarana atau infrastruktur pendidikan kita, supaya semua bidang ilmu dapat dimanfa' atkan bukan saja oleh pelajarpelajar kita sendiri, malahan juga pelajar-pelajar daripada luar negara.